Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January, 2012:

Kasih Ibu Teman Perjalanan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Doa dan Kasih Ibu sentiasa menjadi penguat dan bekal perjalanan =)

“Salamullahi’alaik Ma. Orang ada test *** minggu depan. Orang nak minta maaf atas segala kesalahan yang pernah orang buat. Tolong doakan orang dapat jawab semua test dengan tenang ya. Jaga diri dan kesihatan…”

Mesej pesanan ringkas dihantar. Dan balasan selepas itu penuh dengan doa dari seorang Ibu. Tidak cukup dengan itu. Pada awal pagi setiap hari, pasti telefon bimbit berbunyi; panggilan dari Ma. Juga penuh dengan nasihat dan doa. Saya kadang-kadang, apabila mendengar suara insan istimewa di sisi ALLAh itu, mata jadi berkaca-kaca dek setiap butir bicaranya yang mulia.

Dan sejujurnya, ketenangan meresap dalam jiwa setiap kali mendengar suaranya.

Saya tahu, pasti anda sayangkan ibu anda juga. Pasti ibu dan ayah anda tidak pernah tidak terselit dalam doa tulus anda setiap kali usai solat. Pasti anda berharap besar, andalah anak yang paling berbakti terhadap kedua orang tua anda, kan? Saya juga berkeinginan yang sama. Dan moga kita semua berkesempatan untuk itu.

(more…)

Bias Cahaya Lensa Dunia

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Matahari kian girang menari. Menempiaskan cahaya ke bumi yang penuh dengan dusta meninggi. Merasakan tubuh akan kehangatan tariannya, peluh bekerjasama dalam melakukan sunnatullah. Alam yang indah. Dipenuhi, diwarnai dengan misteri kegilaan tabiat manusia. Angkuh, bongkak dan bermegah, itulah insan.

Berlindung sebentar di bawah sebuah pokok. Mendongak ke langit. Membuang jauh pandangan ke hujung alam yang bisa tercapai dek penglihatan mata. Fikiran menerawang jauh. Cuba mencari ketenangan dalam keserabutan. Melepaskan sebuah keluhan yang berat.

Bukan tanda tidak puas hati terhadap Tuhan.
Cuma kelemahan diri yang adakalanya bisanya menggigit bibir.

Keluhan beserta nafas halus dilepaskan.

Perjalanan hidup adakalanya membuat kita tertawa sendiri.
Tidak kurang juga membuat kita menangis seorang diri tanpa ada sesiapa di sisi.

Kamu Saudara Jiwaku

Bismillah.

Saya buka entri pertama di tahun 2012 ini dengan kisah saya sedang merindui saudara jiwa saya, sahabat saya yang jauh nun di sana. Ya, rindu. Saat ini. Sangat.

Dirinya sedang berada dalam fasa imtihan.
Wahai sahabat yang baik hati lagi budiman, sila doakan beliau.

Saya pernah berikan bait kata di bawah ini kepada beliau.
Dan saya mahu abadikannya dalam blog ini. Saja, kenangan.

Kepada saudara jiwaku ^^

Saudara Jiwaku

(more…)