Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

December 11th, 2011:

Titisan Rahmat Dari Atas

Bismillah.

Menyelak langsir, melihat ke luar tingkap di sebelah kiri, hujan yang pada awalnya renyai-renyai bertukar lebat. Pagi-pagi begini, tentu banyak yang memilih untuk menjadikan bilik sebagai sarang utama berselubung di bawah selimut.

Subuh tadi terjaga sahaja dari tidur, menyedari hujan masih seperti kelmarin; jiwa jadi sangat tersentuh. Cuaca yang sedang hujan di luar, mengundang hujan didalam jiwa.

Hujan yang turun ini, boleh membuat manusia berfikir dalam. Kan?
Pasti.