Menghitung Hari Kepastian

Bismillahirrahmaanirrahiim

Terkenang hari-hari yang telah dilalui. Akhirnya, duduk sendiri memerhati sekeliling. Mendongak ke langit, cuaca sedang baik, bekerjasama dengan manusia. Dan yang penting, semasa keluar melangkah dari rumah, terlihat sang mentari tadi pagi sangat cantik. Dalam hati berkata, mujur tiada bawa kamera. Kalau tidak, boleh diabadikan.

Saya jadi terfikir sesuatu dengan tiba-tiba. Bercampur baur.

Memori demi memori serta kejadian dalam hidup yang berlaku baru-baru ini menerjah ruang ingatan. Selepas berlegar-legar diruang ingatan, fikiran terus tertumpu kepada hari-hari yang dilalui yang dimana hari-hari itu akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAh Ta’ala di akhirat kelak; pada hari Yaumul Qiyamah.

Agak keterlaluankah apabila saya mengatakan bahawa apabila saya terfikirkan semua itu tadi dengan tiba-tiba, lutut saya menjadi longlai? Rasa takut menyelinap masuk ke dalam sanubari. Subhaanallah! Sekali lagi, langit yang tenang itu dipandang.

Kita ini, hari-hari yang kita tahu adalah hari bermulanya Isnin sehingga Ahad. Dan begitulah, berulang minggu demi minggu, bulan demi bulan. Dan saat disibukkan dengan dunia, kita kadang-kadang terlupa bahawa ada hari-hari yang sangat pasti. Jangankan ingat pada Hari Kiamat, hari kelmarin pun kita boleh lupa, malahan!

Menghitung hari-hari yang pasti!

Continue reading “Menghitung Hari Kepastian”