Apabila Anggota Tubuh Berbicara

Bismillahirrahmaanirrahiim

Antara salah satu perkara terbesar yang kita patut syukuri adalah, ALLAh Ta’ala menyembunyikan perbuatan-perbuatan jahat manusia yang boleh dipanggil sebagai aib.

Pernah tidak kita terfikir, ada masa tu kita melakukan dosa yang orang lain langsung tidak ketahui, langsung tidak nampak kita melakukannya? Dan pernah terfikir tidak, kalaulah waktu itu ALLAh Ta’ala membuka aib yang kita lakukan di khalayak ramai?

Nah. Apa hikmahnya? Anda pernah terfikir tak?

Banyak perbuatan aib kita yang saya percaya, ALLAh Ta’ala sembunyikan dari pandangan dan pengetahuan manusia. Saya tahu anda akan setuju dengan taipan ini. Alhamdulillah, ALLAh tidak zalim terhadap hamba-Nya. Itu antara salah satu buktinya ALLAh Ta’ala itu Maha Penyayang dan tidak memalukan hamba-hambaNya.

Dan sebagai hamba ALLAh Ta’ala, kita semua juga patut beriman bahawa apabila kita terus-menerus melakukan perbuatan jahat yang kita sendiri malu apabila diketahui oleh orang lain, tanpa pernah bertaubat, maka di hari penghisaban nanti, bukan mulut kita yang akan berbicara dihadapan ALLAh Ta’ala apabila kita ditanyakan tentang perbuatan-perbuatan kita semasa di dunia tanpa rasa bersalah.

Sebaliknya, anggota tubuh yang akan menyusun bicara.

Continue reading “Apabila Anggota Tubuh Berbicara”