Dingin Yang Hangat

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sahabat yang dekat di jiwa itu, hadiah istimewa dari ALLAh Ta'ala!

Adakalanya bila difikirkan pada suatu masa yang tiada asbab yang jelas untuk difikirkan. Kita tidak akan pernah mengerti mengapa kita boleh kenal seseorang yang asing, yang tidak pernah wujud sebelum ini dalam hidup kita, tapi bisa menjadi seseorang yang dekat di jiwa.

Malah, pertemuan itu tidak pula dipinta.

Saya terfikir begini; apa pesanan dari ALLAh Ta’ala lewat orang asing yang menjadi sahabat, seterusnya yang menjadi sudah seperti sebahagian keluarga, sudah menjadi sebahagian hidup dan menjadi sahabat yang dekat dijiwa. Apa sebenarnya lembaran hikmah yang ALLAh Ta’ala mahu khabarkan?

Yang pasti, jika tidak dapat mencari jawapannya, maka syukuri sahaja!
Senyum Bahagia.

Continue reading “Dingin Yang Hangat”

Salam Dibulan Syawal

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bersama dengan anak saya dipagi raya. Eh, silap. Anak sepupu saya, Nurhana. =)

Salam Syawal! *senyum*

Terasa sudah lama tidak menjenguk ke sini, menukilkan aksara demi aksara. Sebenarnya, ada rindu bermukim dihati. Mana mungkin hati ini tidak merindui sebuah tempat yang dijadikan untuk berkongsi dan menulis sesuatu yang lahir dari hati.

Adakalanya, ada perkara yang lebih memerlukan prioriti dan mesti didahulukan.

Ada sahabat pembaca melayangkan utusan ke kotak emel. Bertanya apa perkhabaran diri dan sambutan dihari raya. Tsumma walhamdulillah. Terima kasih atas keprihatinan.

Akan kembali menulis. Masih sedang menggenggam momentum semangat dalam penulisan. Ya, biarlah saya semangat menulis. Walaupun saya tahu, tak banyak yang membaca blog ini. Hehe. Tapi sekurang-kurang juga saya tahu, ada yang sudi membaca walaupun dalam diam. Saya menghargai anda.

Salam Raya buat kalian.
Kullu ‘am wa antum bi khair, inshaAllah.