Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

September, 2011:

Bilik-bilik Cinta Muhammad

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamu’alaikum wbt.

Bilik-bilik Cinta Muhammad

Bilik-bilik Cinta Muhammad. Ada sesiapa yang sudah membacanya?

Menurut kawan yang sudah mengkhatami buku ini, isinya menarik. Menerangkan bagaimana akhlak Rasulullah SAW kepada keluarga dan para sahabat Baginda.

Saya belum membacanya, sebenarnya.
InshaAllah, akan.

Menyepi Bersama Tuhan

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalamu’alaikum wbt.

Orang yang sentiasa merendahkan hati dan diri dihadapan Allah Ta'ala, adalah orang yang dimuliakan oleh-Nya!

Adalah normal bertemu dengan yang istimewa dihati, manusia mahu mencari tempat yang agak tidak bingit dengan keriuhan manusia. Tujuannya? Agar dapat meluangkan masa yang terbaik dengannya. Agar dapat berbicara dengan lebih teratur dan tenang.

Di sepertiga malam seperti saat ini, adalah tempoh masa bagi kebanyakan manusia membuai diri di awangan mimpi. Sunyi, sepi, tenang dan damai. Dan kebanyakan dari manusia itu juga, lebih banyak yang memilih untuk tidur merapatkan lambung di tilam.

Menyepi bersama Tuhan; adalah mereka yang berusaha untuk mendapatkan rahmat ALLAh Ta’ala. Mereka yang rela memaksa mata dan berperang dengan nafsu. Antara mahu melayan mimpi atau bertemu Kekasih yang pasti!

Sungguhlah, malam itu tidak diciptakan dengan sia-sia.

(more…)

Membawa Diri Dan Orang Lain Kepada ALLAh

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ukhuwah kerana ALLAh itu sebenarnya apa? Membawa manusia kepada diri sendiri atau membawa manusia kepada ALLAh Ta'ala? =)

Berjaga di malam hari begini pada malam ini, membuatkan saya terfikir satu perkara. Sebenarnya, sejak semalam lagi. Melihat-lihat sekeliling. Melihat diri sendiri..

Terasa bahagia apabila mengasihi dan dikasihi, kan.

Saya menulis bukan mengenai kasihi-mengasihi antara dua ajnabi. Anggap saja saya menulis mengenai kasih-mengasihi dengan orang-orang yang anda kasihi dan sudi mengasihi anda kembali. Lalu jiwa menjadi mekar berbunga dengan kasih-sayang yang ALLAh Ta’ala izinkan berputik di hati anda itu.

Persaudaraan yang kerana ALLAh Ta’ala.
Love for ALLAh’s sake.
Ukhuwah fillah.

Apa sebenarnya antara yang penting dalam ukhuwah seperti di atas?

(more…)