Permusafiran Ini

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bermusafir. Sesuatu yang memenatkan namun ada ganjaran!

Saya tersenyum.

Kasih-sayang ALLAh Ta’ala yang berbentuk ujian itu datang dari pelbagai arah. Pada masa yang tidak disangka-sangka. Datang dengan pelbagai cara. Datangnya tidak mengira kamu sedang bergembira, kamu sedang berduka mahu pun kamu sedang alpa.

Namun, hakikatnya.. Ujian itu datang membawa mesej yang bahagia.
ALLAh Ta’ala memilih kamu dan mahu menjadikan kamu seorang yang kuat.

Kadang-kadang, apabila kamu sudah menanam tekad yang kuat untuk melalui semua itu dengan cuba tersenyum dan redha, maka pandangan manusia menerpa ruang legar fikiran. Menimbulkan persoalan tanpa dipinta. Menggusarkan jiwa. Pernah, kan?

Hei kamu! Usah dilihat dan diambil kira pandangan manusia jika pandangan itu melemahkan kamu setelah kamu mencuba untuk menjadi hamba yang baik. Yang penting sekali adalah, kamu tahu dan kamu kenal diri kamu. Kamu tahu kamu tidak berhenti. Kamu cuma berehat seketika mengumpul kekuatan untuk bangkit semula nanti dengan keghairahan. ALLAh Ta’ala sentiasa bersama mereka yang mahu kuat.

Jadilah si sang musafir yang diredhai ALLAh Ta’ala~

Permusafiran Ini

Continue reading “Permusafiran Ini”