Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

August 12th, 2011:

Kita Masih Lemah Dan Terus Mahu Lemah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Meninggalkan kebaikan itu satu kelemahan, bagi saya.

Ada yang bertanya, kenapa sudah lama tidak menconteng di blog ini? Saya cuma mampu membalas dengan senyuman sahaja. Kelemahan itu, datangnya dari saya sendiri. Bukan kerana kesibukan. Kalau pun kerana kerja yang perlu dibereskan, itu adalah kerana pengurusan masa saya yang masih tidak seimbang.

Namun, subhanallah. ALLAh Ta’ala bagi saya belajar sesuatu. Melihat manusia sekeliling dengan ragam yang pelbagai. Pada pandangan zahir, raut wajah manusia mungkin akan kelihatan baik-baik sahaja. Sebab kita tidak dapat membaca hatinya. Tapi kita terlupa, bahawa ada ilmu yang boleh membuat kita tahu kelam jiwa seseorang itu dengan hanya melihat perlakuan sahaja. Dengan izin ALLAh Ta’ala.

Manusia selalunya akan meninggalkan suatu amalan, termasuklah dalam hal beribadah kepada ALLAh Ta’ala apabila yang terjadi dalam hidupnya tidak seperti yang dirancangkannya. Juga dalam hal berbuat kebaikan dalam kehidupan. Mungkin ada diantara kita tercabar pengislahan dirinya apabila ALLAh Ta’ala itu seakan-akan tidak membalas atau tidak menghiraukan segala yang kita lakukan. Lantas, merasa jemu dengan amalan kebaikan. Sesudah itu, mula bersarang kebencian didalam hati.

Kenapa ya? Anda tahu kenapa?

(more…)