Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

August, 2011:

Menjadi Hipokrit Demi Akhirat

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Demi sebuah cinta di 'sana', tidak mengapa untuk menjadi hipokrit.

Hipokrit demi akhirat? Adakah? Ada aja sih.

Bulan Ramadhan bakal meninggalkan manusia. Cuma berbaki beberapa hari sahaja lagi. Tahun depan, belum tentu kita jamin kita bakal bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Persoalan mengenai kematian, yang sememangnya kita tidak ketahui bila masanya, membuah lembaran hikmah kepada manusia agar sentiasa memperbaiki kehidupan untuk dijemput oleh sakaratul maut pada bila-bila masa sahaja.

Semoga ALLAh Ta’ala memberikan rahmat dan berkat-Nya buat mereka yang memulakan momentum perubahan dibulan yang mulia ini. Semoga terus istiqomah memperbaiki diri sendiri dan orang lain. Tidak mudah juga sebenarnya untuk berubah dari tabiat atau perangai yang kurang baik, dan lagi tidak mudah untuk mengekalkan perubahan itu. Kadang, terasa kuat bila ramai. Dan terasa lemah bila sendirian.

Dalam perubahan itu, memang andalah orang hipokrit!

(more…)

Antara Perasaan Khusyuk dan Takut Dalam Diri

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sentiasa merindukan~

Suatu hari, pernah susuk tubuh manusia yang saya hormati bertanya dihadapan anak kesayangannya semua. “Kamu tahu apa itu khauf?” Kebanyakannya menggeleng. Padan juga. Bukan semua tahu berbahasa arab. Rata-rata kebanyakannya baru sahaja mengenal untuk mencintai bahasa syurga; terpaksa atau rela.

Susuk yang saya hormati itu, tersenyum.

Beliau bertanya lagi, “Semua tahu apa itu khusyu’?” Kedengaran suara-suara yang bersemangat itu mengungkap perkataan “Tahuuuu..” Tanpa tersenyum dan menunggu lama, susuk yang berwajah bersih dan punya nur itu terus menyoal lagi, “Apa maksud khusyu’? Ruang itu sunyi sahaja. Saya tersenyum diam sahaja di belakang.

Kalau boleh, biarlah kedua-dua rasa itu ada dalam diri. Biar seimbang.

(more…)

Bahagialah Menjadi Orang Yang Hidup Dalam Islam

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hidup dalam Islam membahagiakan. Hidup dalam selainnya, membinasakan.

Banyak dari kalangan orang Islam itu sendiri apabila ditanya, anda banggakah menjadi seorang Islam? Kebanyakan jawapan yang didapati, berbangga katanya. Malah dijawab dengan penuh semangat. Tapi lafaz kebanggaan itu pula tidak selari dengan amal perbuatan. Bila ditanya pula, anda cinta dengan peraturan dalam Islam yang diturunkan oleh ALLAh Ta’ala? Maka jawapan yang semangat itu tidak akan kedengaran, selalunya.

Bangga mengaku orang Islam, tapi tidak mahu hidup seperti layaknya seorang Muslim. Malah, yang dipuji dan dipuja pula adalah gaya hidup orang-orang kafir yang tidak meletakkan batas-batas tertentu. Dibangga-banggakan, disanjung-sanjung! Mana nilai Islam anda pada diri? Mana lafaz kebanggaan tadi?

Ada beza antara langkah gaya hidup Muslim dan orang kafir.

(more…)