Tiada Ruang Untuk Tidak Bersyukur

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bagaimana mungkin ada ruang untuk tidak bersyukur jika semuanya wajib disyukuri?

Berjalan.

Dan perjalanan itu terasa mudah. Tapi suka untuk saya berkata, perjalanan atau permusafiran yang terasa mudah itu sebenarnya telah dimudahkan. Perjalanan yang terasa lancar dan lembut tidaklah berlaku dengan sendirinya.

Semuanya, ada Pengaturnya sendiri!

Lihat dunia, ada ketikanya aman. Ada ketikanya huru-hara dengan sekelip mata. Apakah manusia yang berakal dan yang melihat dunia dengan hati yang cintakan kesenangan di akhirat sana tidak berfikir mengenainya? Apakah nikmat kesenangan dan keamanan itu dikurniakan tanpa sebab? Atau adakah keadaan huru-hara yang mencemaskan manusia itu juga didatangkan tanpa asbab?

Tanya diri, rasa syukur itu sentiasa ada dalam dirikah? Tidak kira situasi apa!

Continue reading “Tiada Ruang Untuk Tidak Bersyukur”