Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 8th, 2011:

Bila Segala-galanya Seakan Mengkhabarkan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Manusia yang banyak buat salah dan silap. Antara manusia itu, adalah saya.

Adakalanya saya terlepas pandang sendiri kesilapan saya. Mungkin saya merasa saya betul apabila ego diri meninggi tanpa menilai diri. Maka saya teruskan langkah saya tanpa memandang kiri dan kanan.

Itu salah satu kelemahan saya yang bernama manusia.

Satu perkara yang saya syukuri adalah, ALLAh izinkan saya merasai teguran dari-Nya dalam langkah saya meneruskan perjalanan yang diawali dengan kesilapan itu tadi. Saya pasti anda juga pernah merasa yang sama. Teguran halus daripada ALLAh Ta’ala itu walaupun tidak disedari oleh orang sekeliling, namun amat menggetarkan jiwa bagi yang merasainya. ALLAh Ta’ala mahu berikan kesedaran dengan cara-Nya.

Alam seakan-akan berbicara dan menegur kesalahan manusia!

(more…)