Bagaikan Melawan Arus Dunia

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Janji Allah itu pasti bagi orang-orang yang pasti!

Melawan arus dunia. Ada berani?

Ketika ada manusia yang mempertahankan dan menyampaikan ajaran Islam, masyarakat pula tegar mengikut gaya hidup barat. Tidak cukup mengikut, masyarakat jadi bangga. Sebut sahaja orang putih, ada manusia yang akan teruja. Sungguh, pemikiran yang masih dijajah. Tetapi apabila disebut orang Islam atau orang Arab, ekpresi pula menonjolkan kesinisan. Yang terbayang, orang-orang kolot cuma!

Ketika anda sendiri cuba beramal dengan ajaran Islam, ada waktu, anda diketepikan. Anda diejek, dihina dan dipulaukan. Ketika anda berbicara mengenai sesuatu lalu menyentuh sedikit mengenai Al-Quran dan Hadis, ada manusia yang membuang muka dan memekakkan telinga lalu meninggalkan anda tanpa menoleh lagi!

Sungguh tidak mudah melawan arus.

Continue reading “Bagaikan Melawan Arus Dunia”

Jangan Memulakan Kebinasaan Diri Sendiri

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sakit yang disangka binasa, rupanya hadiah gembira!

Biasanya manusia yang dalam kesempitan dan kesakitan hanya akan memikirkan kesakitan yang dialaminya. Emosi dan tumpuannya hanya tertumpu kepada keadaan dirinya. Seolah-olah apa yang berlaku ada ikatan tali yang akhirnya mengikat minda si empunya badan untuk mengaktifkan pemikiran bahawa kesakitan itu hanya kebinasaan.

Titik.

Dan manusia itu, termasuklah saya sendiri (hehe). Berhadapan dengan keadaan yang sukar dalam hidup, jika kita dirundung lesu dan kemurungan, pendek kata tiada motivasi untuk diri sendiri, maka sangat tipis untuk kita mengais hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Kerana apa yang kita fokuskan hanyalah kesempitan atau kesakitan yang menimpa diri sendiri tanpa kita sedar, masih ramai yang tidak bernasib baik.

Maka, dimanakah kelihatan nikmatnya?

Continue reading “Jangan Memulakan Kebinasaan Diri Sendiri”

Kisah Mengenai Manusia Terakhir Memasuki Syurga

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Membelek kembali buku catatan yang saya namakan dengan nama ‘Buku Cinta’. Tercatat kisah mengenai manusia yang terakhir sekali ALLAh Ta’ala masukkan ke dalam syurga selepas dikeluarkan dari dalam neraka. Agak panjang juga.

Catatan 4 tahun yang lalu.

Sejujurnya, ketika mendengar kisah yang merupakan daripada hadis Baginda SAW, saya jadi antara terkeluh, sedih dan juga rasa takut. Bagaimana jika orang yang Baginda SAW ceritakan dalam hadis itu adalah saya?

Tapi, dalam jiwa ini, juga ada rasa untuk menjadi orang itu, saya juga tidak layak!

Continue reading “Kisah Mengenai Manusia Terakhir Memasuki Syurga”

Mendidik Hati Mengingati ALLAh

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hati yang sentiasa ingat pada-Nya, melihat langit hatta sekalian alam akan merasa kebesaran-Nya!

Jiwa. Kalbu atau hati. Sama.

Kalbu, jiwa atau hati merupakan suatu unsur atau juzuk yang sudah tersedia dalam diri setiap manusia, yang dimana kedudukan dan penjagaan terhadapnya begitu penting sekali bagi sekalian manusia. Jika baik ia, maka baiklah seluruh anggota seperti yang Nabi SAW pernah sabdakan. Jika rosak ia, rosaklah anggota badan dan kehidupan.

Jika jiwa sudah rosak, dapat lagikah dengan tenang ingat pada ALLAh Ta’ala?

Hidup ini, tidak boleh tidak ingat kepada Tuan Punya Dunia. Dari ingatan itulah datangnya ingatan dan ketenangan yang dianugerahkan oleh-Nya. Betul? Dan tidak dinafikan, adakalanya ada langkah yang kita lakukan, masa itu langsung tidak diniatkan kepada ALLAh Ta’ala akibat kelalaian menjaga niat dan jiwa.

Continue reading “Mendidik Hati Mengingati ALLAh”