Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June 9th, 2011:

Ada Waktunya Manusia Tiada Untuk Kita

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ada waktunya, manusia tiada untuk kita. Tapi ALLAh, ALLAh sentiasa ada untuk kita. Susah dan senang.

Ada waktu, kita kesendirian menghadapi semua yang mendatang.

Tika itu, manusia lain termasuk ibu bapa, adik-beradik, sahabat karib, rakan dan kenalan tidak tahu tentang kita. Sedikitpun tidak. Tiada manusia lain yang tahu mengenai keadaan kita, melainkan kita sendiri. Hampir lemas, terkapai-kapai, terjerit-jerit dalam kesepian.

Dan semua itu, ada waktunya kita akan lalui dengan sendiri.

Lumrah manusia akan mencari tempat untuk mengadu. Tapi, nama pun manusia. Tidak sepanjang masa boleh mendengar segala pengaduan dan keresahan yang bersarang di jiwa kita. Kerana mereka juga ada kehidupan mereka sendiri, juga ada keresahan yang bersarang dalam hati mereka sendiri. Kemampuan mereka ada batasnya.

Akhirnya, siapa yang kita ada~?

(more…)