Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June 8th, 2011:

ALLAh SWT Tidak Pernah Jauh

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Dengan merendahkan diri dan jiwa, pandanglah ke langit. Adakah terasa ALLAh begitu jauh? Tidak. ALLAh tidak pernah jauh!

Apabila dilanda masalah dan kekecewaan dalam hidup, manusia segelintirnya akan mula membuat perkara yang membawa dosa dengan sesuka hati. Boleh dikatakan, mereka memprotes. Menunjuk protes kepada siapa? Kepada Tuhan. Manusia adakalanya merasakan bahawa Tuhan itu jauh. Sangat jauh.

Tuhan jauh kata mereka. Kononnya kerana Tuhan tidak menolong mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Mereka dibiarkan terkapai-kapai dalam menghadapi dugaan yang ada. Tipikalnya, manusia hanya akan berasa Tuhan itu dekat atau jauh apabila dilanda masalah yang membuatkan manusia termangu-mangu.

Segelintir manusia. Tidak semua.

Begitulah manusia. Cepat sahaja menuding jari kepada yang lain sebelum menuding jari kepada diri sendiri. Bila dilanda masalah, ada tidak manusia akan berkata kepada diri sendiri betapa selama ini dia jauh daripada Tuhan? Ada tidak manusia berkata selama ini betapa banyak kewajiban dan suruhan ALLAh Ta’ala yang tidak pernah dikerjakannya? Ya, memang ada. Namun terlalu banyak yang merasakan Tuhan jauh berbanding merasakan dirinya jauh dari Tuhan!

(more…)

Sekelumit Rasa Pada Redup Mata Itu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Melihat simpanan gambar dalam handphone yang bilangan gambar didalamnya tidak lebih dari 16 keping. Terasa ada satu gambar yang menarik; gambar Ibu kucing bersama anaknya, anak kucing.

Pemergian untuk menjamu selera ke pasar malam pada suatu malam itu dihiburkan dengan gelagat kucing-kucing ini yang menggeselkan badan mereka ke kaki. Manja. Geselan itu sudah cukup mengkhabarkan bahawa mereka mahu ihsan daripada manusia untuk diberikan makanan.

Sesekali terleka dengan suapan ke mulut sendiri tanpa menghulurkan sedikit demi sedikit ayam panggang kepada kucing-kucing ini, si anak kucing akan menggigit-gigit dan menarik-narik hujung kain ini.

Cuba selami pandangan mata ibu kucing ini. Apa yang anda lihat~?

Berbuat ihsanlah kepada binatang. Tidak mustahil suatu hari nanti jika ALLAh Ta’ala takdirkan kita jadi meminta-minta kepada orang lain agar diberikan belas kasihan. Tiada mustahil bagi-Nya!