Kita Dan Pada Hari Besar Itu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Indah hidup ini buat masa sekarang. Semuanya terlihat oleh pancaindera. Mungkin hari ini kita akan tersenyum dan ketawa dalam bahagia. Tapi kebahagiaan yang pernah diperolehi semasa di dunia itu, belum tentu menjadi milik kita pada hari kiamat. Kita sendiri tidak dapat menjamin akan dapat tersenyum di sana.

Sekilas membaca mengenai kesengsaraan pada hari perhitungan, mungkin ada diantara pembacanya yang bergetar jiwanya, ada yang meremang naik bulu roma, dan saya percaya ada juga yang sampai mengalirkan airmata. Jika membaca mengenai kenikmatan syurga, saya juga percaya akan ada yang tertangis dan bertanya kepada diri sendiri, ‘adakah aku layak untuk menjadi penghuni syurga?’.

Dan jika membaca mengenai azab dan seksa neraka, akan ada yang berjujuran airmata dan tertunduk. Lalu bertanya kepada diri sendiri, ‘Dengan dosa-dosaku yang banyak ini, apakah tempatku nanti di neraka kelak?’.

Memang tiada manusia yang mahu tempatnya di neraka!

Continue reading “Kita Dan Pada Hari Besar Itu”