Ada Manfaat Disebalik Kesukaran

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Saya balik-balik macam tulis pasal ini, kan? Jemu tak baca? Tak mengapalah kalau sudah jemu. Saya tulis untuk diri saya sendiri terutamanya. Nasib baik tulis, kalau diberi peluang bercakap, lagilah panjang (hehe).

Saya melihat kepada sahabat follower yang mengikuti weblog ini dengan google mahu pun melalui mukabuku. Ada pertambahan. Didahulukan dengan ucapan terima kasih. Tertanya, kenapa anda klik untuk ikuti blog ini? Sebab mahu membaca? Terima kasih. Jika benar anda seorang pembaca, saya kira anda akan meninggalkan jejak atau pun menegur penulisan atau meninggalkan komen sepatah dua. Apapun, itu pilihan anda.

Berbalik kepada tajuk. Kesukaran? Rintangan? Dugaan?

Semua itu tidak lari dari kehidupan realiti seorang manusia. Kadang-kala bercakap mengenainya boleh menaikkan semangat untuk sentiasa bersiap siaga. Kadang-kala kalau memikirkannya diwaktu jiwa sedang sesak dihimpit dengan pelbagai perkara dan persoalan – manusia biasa – ada masa, terasa lemah juga, kan.

Keluhan dari manusia juga, tidak lekang dijiwa.

Continue reading “Ada Manfaat Disebalik Kesukaran”