Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June, 2011:

Kerana Sifat-Nya Yang Maha Pemurah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kalau manusia boleh kasih kepada manusia yang pemurah, jadi bagaimanakah kasih manusia terhadap ALLAh Ta'ala yang sentiasa Maha Pemurah?

Manusia senang pada manusia lain yang pemurah.

Saya sendiri boleh jadi cinta kepada orang yang pemurah. Yang tidak lokek menghulurkan bantuan dan memberikan apa yang dia ada.

Saya pasti, anda juga begitu. Hakikatnya memang manusia sangat suka kepada orang yang pemurah. Sebagai contoh, kalau sahabat atau kawan kita pemurah, kita senang dengan dia. Kalau saudara-mara kita yang pemurah, kita akan terlebih sayang dan selalu memberikan pujian kepadanya. Kalau ada seseorang hartawan yang pemurah, yang suka menolong faqir miskin, kita bukan saja boleh hormat dan pandang tinggi padanya, kita menjadi sayang, malahan! Apatah lagi kalau yang menerima bantuan itu adalah kita sendiri, pasti terasa berhutang budi yang amat.

Pssst! ALLAh itu Maha Pemurah! Anda tidak jatuh sayang dan cinta?

(more…)

Kelab Orang-orang Mukmin

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Semakin melangkah, semakin jauh perjalanan kian terasa.

Manusia tidak dijadikan dengan sia-sia tanpa sebarang tujuan. Justeru, ALLAh Ta’ala telah menggariskan beberapa peraturan yang manusia wajib lakukan.

Sepertimana kita berada dalam sesebuah persatuan, kelab dan yang sama waktu dengannnya, juga mempunyai peraturan. Jadi atas alasan apakah manusia yang dijadikan oleh Yang Esa tidak memerlukan panduan dan peraturan yang dimana semua itu adalah untuk kesejahteraan hidup manusia sendiri?

Sebab itu, dunia ini juga boleh diibaratkan sebagai sebuah kelab.

Sebuah kelab itu lazimnya ada pengasas ataupun ketua, juga ada ahli jawatankuasa yang penting mahu pun ahli-ahli biasa. Kesemua ahli didalam sesebuah kelab itu memainkan peranan masing-masing walaupun ada diantaranya tidak mempunyai pangkat yang besar. Akibat kepincangan kecil oleh ahli-ahli di dalamnya, maka akan memberi impak yang besar kepada kelab tersebut.

Manusia, ada ahli ‘Kelab’ milik ALLAh Ta’ala. Iaitu Deenul Islam!

(more…)

Apa Manusia Buat, Itu Yang Manusia Dapat

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Setiap perbuatan jahat atau dengki itu akan menimbulkan keburukan. Mungkin keburukan kepada orang yang dibuat, dan si pelakunya sendiri. Percaya atau tidak, orang yang suka melakukan kejahatan mungkin akan berpuas hati dengan perbuatannya. Tapi pada satu sisi dirinya, keresahan pula menyelubungi.

Kenapa ya?

Bukankah dirinya sudah merasa puas dengan perbuatan jahatnya; membalas dendam, membuat fitnah, dengki melihat kejayaan dan kegembiraan orang lain lalu mencari sesuatu untuk menghancurkan kegembiraan tersebut, gembira dengan kejatuhan orang lain lalu menambah lagi perisa kejatuhan dengan membuka fitnah orang itu, mungkin.

Walauapapun, perbuatan jahat tidak sesekali diredhai ALLAh Ta’ala!

(more…)