Setiap Orang Ada Bahagiannya

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Setiap satu daripada manusia, pasti ada bahagian-bahagian yang tersedia buat dirinya.

Kalau orang lain mempunyai itu, kita pula mempunya ini. Walaupun tidak sama, seharusnya mesti disyukuri. Kerana orang lain itu adalah orang lain, kita pula adalah kita dan kita bukannya orang lain. Walaupun adakalanya, ada pengalaman pahit yang mengajar kita untuk sukar menelan dan menghadam apa yang terhidang dihadapan mata dan sekeliling, mahu tidak mahu.. Kita harus terima!

Masa itu, terpulang kepada diri sendiri sejauh mana mahu mengubah bentuk atau pun gaya hidup yang sedia ada itu kepada yang lebih baik dan diberkati.

Kita tidak boleh memandang orang lain tanpa memandang diri kita ada pada diri mereka.

Continue reading “Setiap Orang Ada Bahagiannya”