Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

May 5th, 2011:

Perkongsian : Faedah Membaca Buku

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Membaca itu sayap ilmu. Dengan membaca, melebar dan tersebarlah ilmu.

Kata seorang kakak;
suka membaca dan membeli buku adalah dua perkara yang berbeza.

Saya fikir, memang betul. Kalau hanya suka membeli buku tetapi diperam sekian lama untuk menjadi perhiasan rak buku adalah sesuatu yang menyedihkan – kalau saya menjadi buku tersebut. Suka membeli buku tidak menjadi kesalahan.

Dimana terdapat kesalahan disitu, apabila tidak sedaya upaya dibaca.

Alasan sangat sibuk sehingga tidak sempat membaca buku bagi saya sangat tidak relevan. Bukan kerana tiada masa, tapi sebenarnya buku itu tidak melekat dihati – macam saya kot – sebab itu tidak terbaca-baca. Solusi? Bawalah buku ke mana-mana.

Senyum.

(more…)