Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

May 4th, 2011:

Kongsikan, Walau Hanya Pada Lautan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kredit : Pak Google

Saya suka memandang lautan, mendamaikan.

Rentetan perjalanan hidup adakalanya memaksa manusia untuk bersendirian. Bersendirian untuk bersoal jawab dengan diri sendiri. Ya, adakalanya segala persoalan yang ada di dunia ini sebenarnya jawapannya ada pada diri sendiri. Tinggal manusia mahu mencungkil atau tidak.

Hidup ini, ada bahagian persoalan yang ALLAh ciptakan buat hamba-Nya untuk diselesaikan oleh seseorang itu tanpa perlu bertanya kepada orang lain. Kaedah mencari jawapan bagi persoalan itu adalah dengan memerhati.

Pada alam yang luas itu terdapatnya kebesaran ALLAh Ta’ala!