Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

May 3rd, 2011:

Sang Penguntum Senyum

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Merakam kenangan bersama sahabiah semasa mengendali program KRIS II.

Ada ketika, terkenang yang manis, maka manislah.
Ada ketika, terkenang yang pahit, maka pahitlah.

Hidup ini perlu FOKUS! Senyumlah selalu.

Senyuman seperti sihir yang mempunyai kekuatan dan ianya halal. Senyuman boleh menjadi langkah untuk menyatakan cinta dan kasih dalam hubungan persahabatan. Satu misi yang ALLAh turunkan ke dunia untuk melebur permusuhan dan menyemai kasih dan sayang. Malah, sedekah yang paling ringan bagi sesiapa yang mahu membuat pahala. Senyuman juga boleh menjadi simbol keredaan, ketenangan jiwa dan keteguhan hati si Sang Penguntum Senyum.