Karyanya Dia, Penulis Ini

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Contengan Jalanan. Dua cerita dalam satu contengan~

Hlovate, penulis misteri.

Untuk pembaca yang meminati karya yang mengandungi ayat-ayat puitis, mungkin kurang sesuai jiwanya membaca karya Hlovate. Namun saya akui, ada juga falsafah-falsafah yang terkandung dalam novel-novel Hlovate ni.

Bagi pembaca tegar hasil karya Hlovate, mungkin fahamlah maksudnya.

Bahasa yang agak santai dan rojak; melayu campur english. Sesuai dengan pendekatan untuk jiwa remaja yang sukakan bahasa yang tidak berat.

Novel terbaru, Contengan Jalanan.

Continue reading “Karyanya Dia, Penulis Ini”

Selamat Ke Atas Kamu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Alhamdulillahi ‘ala kulli hal.

Saya hanya mampu mengucap syukur dan kegembiraan dari kejauhan. Hari ini, pernikahan abang telah berlangsung. Alhamdulillah. Selamat diijabkabulkan.

Selamat ke atas kamu serta pasangan wahai abangku.
Semoga bahagia dalam rahmat-Nya!

Hati Yang Sedang Sesat

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Lembutkan hati, anda akan bahagia..

Lagi tentang hati.

Saya kira, kita tidak akan dapat berhenti berbicara soal hati walau berjuta kali mengenainya dibincangkan. Hati tetap hati. Daging yang menentukan baik buruk segala tingkah. Dan untuk membuat daging yang satu itu menjadi ‘pemimpin’ kepada kerajaan bawahan, maka haruslah sentiasa digilap dan digilap.

Dan kelembutan hati seseorang itu akan mempamerkan ‘wajah’ empunya.

Betapa ramai manusia yang menderita akibat kekerasan hati. Betapa ramai manusia yang tidak mempedulikan kehendak hati yang paling dalam. Saya jadi takut memikirnya.

Continue reading “Hati Yang Sedang Sesat”

Rasa Tersisih Kerana Mereka

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Rasa tersisih oleh manusia? Jangan sedih. ALLAh kan ada..

Di dunia, manusia punya 1001 ragam yang berbeza.

Ada yang berkelakuan dengan baik, dan sebaliknya. Di dunia, terdapat kepelbagaian yang memang sukar difahami oleh manusia. Namun inilah penciptaan Sang Khaliq.

Bertemu dengan banyak jenis manusia membuahkan pengalaman yang sangat berharga. Dengan pengalaman itu seseorang akan lebih mengenali personaliti manusia yang lain. Jangan merasa jemu dengan pertemuan demi pertemuan, perkenalan demi perkenalan. Kerana semua itu akan membuahkan sesuatu yang berguna.

Di dunia, rasa tersisih, menyisihkan dan yang sama waktu dengannya memang banyak berlaku. Jika mahu mengalah hanya kerana rasa yang seperti itu, maka..

Anda akan rugi!

Continue reading “Rasa Tersisih Kerana Mereka”