Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

April 26th, 2011:

Jambatan Kasih Persahabatan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sahabat, satu dalam seribu.

Keutuhan sesebuah tali persahabatan terjamin dek ketaatan kepada ALLAh.

Persahabatan itu ibarat ingin menyeberang ke seberang untuk pergi ke suatu tempat yang dimana disitu ada ketenangan jiwa dan kebahagiaan. Dan untuk pergi ke seberang itu, seseorang memerlukan alat atau laluan khas untuknya.

Bagi saya, itu adalah jambatan kasih.

Sebuah ‘jambatan’ khas yang akan membolehkan seseorang itu pergi ke suatu tempat. Dan ditempat itu akan beroleh ketenangan dan kebahagiaan dan berjumpa dengan apa yang diingini. Sebuah jambatan yang apabila dijaga dengan baik, maka baiklah kehidupan dan sesebuah tempat itu. Dan apabila jambatan itu tidak dijaga dengan baik, maka terputuslah hubungannya dan tidak dapat menyeberang lagi ke seberang.

(more…)

Masa Yang Akan Terus Berlalu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Masa tidak akan pernah menunggu manusia.

Adakalanya, dimasa bersendiri, itulah masa yang sesuai untuk mengenal diri.

Bertanya kepada diri sendiri
seserius mana usaha yang telah dijalankan
dan sebanyak mana amalan yang telah didirikan

untuk bertemu Sang Khaliq

Masa akan terus mendahuluimu!