Selamat Ke Atas Kamu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Alhamdulillahi ‘ala kulli hal.

Saya hanya mampu mengucap syukur dan kegembiraan dari kejauhan. Hari ini, pernikahan abang telah berlangsung. Alhamdulillah. Selamat diijabkabulkan.

Selamat ke atas kamu serta pasangan wahai abangku.
Semoga bahagia dalam rahmat-Nya!

Hati Yang Sedang Sesat

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Lembutkan hati, anda akan bahagia..

Lagi tentang hati.

Saya kira, kita tidak akan dapat berhenti berbicara soal hati walau berjuta kali mengenainya dibincangkan. Hati tetap hati. Daging yang menentukan baik buruk segala tingkah. Dan untuk membuat daging yang satu itu menjadi ‘pemimpin’ kepada kerajaan bawahan, maka haruslah sentiasa digilap dan digilap.

Dan kelembutan hati seseorang itu akan mempamerkan ‘wajah’ empunya.

Betapa ramai manusia yang menderita akibat kekerasan hati. Betapa ramai manusia yang tidak mempedulikan kehendak hati yang paling dalam. Saya jadi takut memikirnya.

Continue reading “Hati Yang Sedang Sesat”