Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

April 16th, 2011:

Gembiralah Dengan Pilihan ALLAh

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Banyak sungguh nikmat ALLAh kepada manusia.

Dalam dunia ini, tiada siapa dapat meramalkan keadaan dirinya pada masa-masa akan datang. Tiada siapa dapat menjawab dengan spesifik bagaimana keadaan dirinya, di manakah dia akan berada dan apakah tahap kesihatan dirinya baik atau tidak.

Kita pada hari ini ialah yang tidak pernah terbayang pun oleh kita sendiri.

Mungkin impian atau keinginan manusia akan berlainan pada kejadian realiti yang sedang dihadapi. Dan memang begitulah selalunya. ALLAh Ta’ala banyak rahsia yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Adakalanya, manusia tertanya-tanya mengapa jadi begini dan begitu. Kenapa ini dan itu.

Keinginan diri mahu jadi begini, tetapi sebaliknya pula yang dikecapi. Hebat tak ALLAh Ta’ala? Memang hebat. Subhanallah!

(more…)