Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

April 12th, 2011:

Saya Buat Popia Nestum

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Teringin nak makan Popia Nestum @ Nestum Popia, maka saya membuatnya.

Dimulakan dengan mencari bahan-bahan yang tidak banyak pun siang tadi. Masuk kedai, beberapa minit aja sudah keluar semula. Itu tandanya, hanya satu dua barang aja dibeli. *sengih*

Kalau orang tanya sedap tak, maka saya akan jawab sedap. Sedap. Lagi-lagi bila kita sendiri yang buat, maka kita perlu puji hasil buatan tangan sendiri. Hehe.

Jom tengok.

(more…)

Pencahayaan Hati

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Isi dengan cahaya yang menerangi. Baiki hati~

Kebelakangan ini, saya jadi sangat rindu bercakap-cakap dengan sahabat. Yang dimana perbualan santai yang terucap dari bibir mereka bukan sekadar santai-santaian sahaja. Pasti ada butiran hikmah terselit sama.

Saya lebih suka untuk mendengar, dan mendengar.

Bercakap perihal hati, bab yang saya suka. Penjagaan hati itu sangat seni. Halus. Kita beriman bahawa hati itu wujud walaupun kita tidak melihatnya. Kita beriman bahawa apabila hati itu baik, maka baiklah jasad yang menampungnya.

Maka, tunaikanlah hak hati dengan cahaya yang betul!

(more…)