Permulaan Perjalanan Yang Panjang

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Perjalanan Yang Panjang Baru Bermula

Saya pernah terfikir. Saya nanti bila tiba waktunya ALLAh Ta’ala memerintahkan Malaikat Maut mencabut nyawa saya, adakah saya akan pergi didalam kebaikan atau sebaliknya? Memikirkan hal itu, sungguh, saya sangat takut.

Sangat takut sehingga tidak bisa melelapkan mata pada waktu malam.

Hakikatnya, nikmat mahu pun sengsara bukan terputus dek saatnya seseorang itu menghembuskan nafas terakhir. Tetapi, perjalanannya selepas itu yang lebih utama; perjalanan di alam kubur!

Mungkin kita selalu menyangka, apabila matinya seseorang itu. Maka tamatlah riwayat hidupnya. Ya, memang tamatlah riwayat hidupnya, tetapi hanya di alam dunia sahaja. Di liang lahad, ada pula kehidupan yang menanti.

Hanya ada dua keadaan, lapang mahu pun sempit!

Continue reading “Permulaan Perjalanan Yang Panjang”