Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

April, 2011:

Anda Kenal Dan Tahu Diri Anda

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Anda tahu anda bagaimana. Sumber : Pak Google

Selalu sangat manusia menilai manusia yang lain dengan nilai yang begini dan begitu. Dan begitu juga dengan manusia yang lain, akan menilai anda begini dan begini.

Pandangan mata selalu mendahului pandangan hati dan akal.

Ada masanya, diri sendiri akan tertipu akan nilaian manusia. Syukur kalau dianggap nilaian baik manusia itu sebagai doa. Sebaliknya, jika nilaian baik itu diambil sebagai alat untuk membanggakan diri, sangatlah menyedihkan.

Anda kenal siapa diri anda..

(more…)

Peraduan FRC : TDK1000M

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Travelog Debu-debu Kota 1000 Menara

Travelog Debu-Debu Kota 1000 Menara
ISBN : 978-967-10370-0-3
[ RM25 ]

Diterbitkan Oleh :
Mohd Farid bin Md Rashidi
No 36A, Kg Bendang Bechah,
09200 Kupang, Baling, Kedah.
Email : mdfaridrashidi@gmail.com
Laman Blog : www.faridrashidi.com
Tel : 019 4277846

Teringin hendak turut serta dalam peraduan yang Ustaz Farid buat sempena kelahiran anak sulungnya (baca: buku) yang pertama. Sebenarnya, saya sudah mempunyai sebuah buku ini siap ditandatangi oleh penulisnya sendiri. Tapi, tidak salah mencuba. Dan jika diizinkan oleh ALLAh Ta’ala saya ada rezeki dalam peraduan ini, saya akan berikan dua buah buku tersebut kepada sahabat-sahabat yang juga bertuah.

Seterusnya, dapat menyebarkan amal Ustaz Farid Rashidi.

Adalah suatu yang sangat membahagiakan apabila buku yang beliau nanti-nantikan selama ini telah terbit. Belum pun buku tersebut berada dihadapan mata, saya pasti. Sudah sangat teruja dengan perkhabaran tersebut. Akhirnya jerih-payah beliau dalam menjadikan impian beliau realiti, terbalas jua.

(more…)

Jambatan Kasih Persahabatan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sahabat, satu dalam seribu.

Keutuhan sesebuah tali persahabatan terjamin dek ketaatan kepada ALLAh.

Persahabatan itu ibarat ingin menyeberang ke seberang untuk pergi ke suatu tempat yang dimana disitu ada ketenangan jiwa dan kebahagiaan. Dan untuk pergi ke seberang itu, seseorang memerlukan alat atau laluan khas untuknya.

Bagi saya, itu adalah jambatan kasih.

Sebuah ‘jambatan’ khas yang akan membolehkan seseorang itu pergi ke suatu tempat. Dan ditempat itu akan beroleh ketenangan dan kebahagiaan dan berjumpa dengan apa yang diingini. Sebuah jambatan yang apabila dijaga dengan baik, maka baiklah kehidupan dan sesebuah tempat itu. Dan apabila jambatan itu tidak dijaga dengan baik, maka terputuslah hubungannya dan tidak dapat menyeberang lagi ke seberang.

(more…)