Masa Muda Untuk Hari Tua

Bismillahirrahmaanirrahiim.

5 : 1; Muda Sebelum Tua, apa usaha anda?

Setiap masa yang berlalu tidak akan pernah mengucapkan selamat tinggal mahupun meminta izin untuk meninggalkan diri manusia. Masa itu, jika hendak berlalu, maka ia akan berlalu. Kerana memang begitu sifatnya, tertakluk pada peraturan yang ALLAh SWT telah tetapkan begitu.

Ada yang mengatakan, masa memang zalim.

Tapi, lebih zalim sebenarnya orang yang tidak menggunakan masa, lebih-lebih lagi masa mudanya untuk menyimpan sesuatu untuk dijadikan bekal pada hari tua; hari yang dimana kudratnya tidak sekuat orang muda. Dan bekal itu secara langsung adalah bekal untuk dipersembahkan kepada Tuan Punya Dunia.

Betul?

Continue reading “Masa Muda Untuk Hari Tua”

Page Blog Cinta Ilahi

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Cinta Ilahi itu, di mana-mana.

Petang tadi, dapat create page Blog Cinta Ilahi.

Maka sekiranya sudi like, like aja. Kalau tak sudi, tak berdosa. InshaAllah. Tiada paksaan dalam like menglike ni. *sengih*

Dan terima kasih kepada yang selalu datang blog ini hatta dalam diam. Saya hargai anda dan saya sayang anda. Moga ALLAh merahmati saya kerana menyayangi anda.

Hari ini, sangat terasa ALLAh melapangkan jiwa bagi saya, walhamdulillah!

Oh. Page tersebut bukan fan page melainkan Ukhuwah Page untuk menjalinkan hubungan silaturrahim. Saya hendak kenal dengan anda. Moga saya dapat belajar dari anda yang bijak pandai. Dan semoga setiap perkenalan mengundang rahmat ALLAh.

Page Ukhwah itu ada disebelah kanan, di bawah. Senyum.

Semoga ALLAh merahmati.

Apakah Aku Sedang Diuji?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Tangisan dek dugaan dari Allah SWT

Ya Tuhan, apakah aku sedang Kau uji?

Suatu hakikat yang mesti jangan terlupus di minda walau sesaat cuma, ujian dari ALLAh SWT akan tetap ada sehinggalah manusia masuk ke dalam liang lahad sekalipun.

Jika anda merasakan anda sedang diuji, maka ingat jugalah bahawasanya manusia lain yang berjuta-juta diluar sana juga turut diuji oleh Tuhan yang sama dengan cara ujian yang berbeza.

Dan satu perkara yang saya yakin dan berpegang dengannya, ujian dari ALLAh itu adalah tanda sayang dan tanda untuk menjadikan manusia menjadi manusia yang lebih baik dan tegar menghadapi dugaan demi dugaan yang mendatang.

InshaALLAh, saya yakin. Dugaan itu bukan tanda bencinya Tuhanmu!

Continue reading “Apakah Aku Sedang Diuji?”

Kerana Kasih

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kerana kasih, sanggup menahan tangis.

Kerana Kasih

Kadang kala sukar dimengerti
Kenapa dengan kasihnya itu
Sanggup menahan ejekan dan makian
Dari manusia yang tidak mengenal-Nya

Aku tertanya, dari mana dirinya mendapat kekuatan
Kekuatan untuk memasang tembok dijiwa
Tembok yang membezakan antara nafsu dan kasih-sayang

Bukan senang
Malah perlu pengorbanan

Continue reading “Kerana Kasih”