Ingatlah, ALLAh Itu Maha Tahu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

ALLAh Maha Tahu Akan Semuanya - Sumber : sinarmawaddah.blogspot.com

Saya nak mengajak sahabat semua sebenarnya. Mengajak untuk bertanya pada diri sendiri. Dalam masa sehari yang kita lalui, berapa banyak puluh kali kita akan ingat ALLAh sebelum melakukan sesuatu perbuatan; perbuatan yang baik atau sebaliknya.

Pernah tidak kita ingin membuat sesuatu, tapi hati menolak menafikan bahawa diri pada masa itu sedang diperhatikan? Atau dalam erti kata lain, manusia menipu diri sendiri untuk menyedapkan hati akan perbuatan yang ingin dilakukan?

Hidup ini, penuh dengan teka teki dan penipuan oleh manusia itu sendiri. Setuju tak?

ALLAh SWt sebenarnya Maha Tahu, kan.

Continue reading “Ingatlah, ALLAh Itu Maha Tahu”

‘Dia’ Dah Keluar Hospital

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Inilah si 'Dia'.

‘Dia’dah keluar dari hospital. Dan sejujurnya saya gembira.

Kalau gembira, kita kena senyum puas dan lebar. Nak saya tunjukkan tak?
Camni ha. .

^________________________________^

Alhamdulillah. Moga saya dapat manfaatkan laptop ini dengan sebaiknya. Senang sikit melepas rindu di rumah maya lepas ni. Bi iznillah. Thanks God! *smile*

Adakah Aku Seorang Yang Gagal?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kegagalan itu bukan suatu pengakhiran.. Sumber : Pak Google

Adakah aku seorang yang gagal?

Kegagalan.

Ramai yang boleh mendefinisikan kegagalan itu sebagai natijah yang baik, cuma ia menjadi penangguhan kejayaan. Ramai juga yang menganggap natijah itu adalah suatu lorong kegelapan buat hidup. Gagal. Gagal. Gagal. Gagal adalah suatu yang memalukan!

Semua manusia pernah merasai kegagalan. Agak normal apabila terasa dunia sendiri pada waktu itu gelap kerana kegagalan yang baru dihadapi. Kadang, terasa seperti hendak ke dunia lain lantaran malu pada manusia, lebih-lebih lagi ibu bapa. Terasa seperti telah menghampakan dunia dan terasa diri sudah tidak berguna lagi.

Apa makna kegagalan sebenarnya?

Continue reading “Adakah Aku Seorang Yang Gagal?”

Terpisah Daripada ALLAh SWT

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kadang-kadang kita termenung sendirian sambil bertanya kepada diri sendiri. Resah mencari punca. Tak tahu. Apa yang kita sebagai manusia tahu pada waktu itu, dalam hidup ini seperti ada sesuatu ruang kosong yang sangat besar! Dan kita tidak tahu, kenapa kekosongan itu terjadi.

Pernah tak terjadi seperti ini dalam hidup anda?

Sejujurnya, saya juga pernah rasa seperti ini. Hal itu terjadi tidak lain tidak bukan, adalah kerana diri kita sendiri. Ya. Diri sendiri. Acapkali soalan begini kita akan tanyakan pada diri sendiri, kan? Tak kiralah siapa. Boleh jadi saya, anda yang sedang membaca atau orang di luar sana. Terasa seolah-olah hidup ini memang jauh dari Tuhan. Tuhan sangat dekat, lebih dekat dari urat nadi, padahal!

Cari punca. Kenapa ya?

Continue reading “Terpisah Daripada ALLAh SWT”