Cinta Kamu Itu

Cinta kerana-Nya, membawa kepada-Nya!

Cinta Kamu Itu

Cinta,
Rasa cinta itu bukanlah pada hari,
Tetapi cinta itu dari mata lahirnya ke hati,
Dan mengalir ke tingkah si empunya diri,
Baik buruk, bukan cinta yang harus disalah erti.

Cinta,
Ramai diantara kalian berkata cinta,
Tetapi ke mana hala tuju cinta itu,
Dunia dan akhirat, syurga dan neraka,
Kalian lebih tahu dan berhak untuk memilih.

Cinta,
Bukanlah serendah tanah dibumi harganya,
Yang bisa dipermainkan begitu saja,
Kerana cinta itu, adalah antara sifat-Nya,
Harus ditinggikan martabatnya!

Cinta kamu kerana-Nya,
maka dengan cinta itu akan membawa kamu pada-Nya.
Cinta kamu kerana nafsu semata,
maka dengan cinta itu akan membuat kamu binasa!

Jangan rendahkan martabat cinta
Jika kamu bukan PENCINTA!
Jangan mengaku seorang pencinta,
Jika kamu tidak kenal erti cinta kepada-Nya!