Tunjukkan Arah Jalan Yang Lurus

Bismillahirrahmaanirrahiin.

Hargai JALAN yang ALLAh telah hadiahkan! Berusaha untuk bertahan diatasnya.

Saya yakin dan sangat yakin, ramai diantara manusia yang menemui jalan pulang setelah tersesat beberapa tahun di lorong yang gelap tanpa ada pintu kepastian. Yang pastinya, di lorong itu, manusia bermaharajalela dan tidak hiraukan lorong yang lebih cerah. Sebab, sama ada dia tidak ingin keluar dari lorong tersebut ataupun dia tidak mahu melihat lorong jalan yang lebih cerah.

Anda faham dengan maksud saya.

Dan yang pastinya, majoriti yang berada di lorong yang gelap itu adalah golongan remaja seperti saya. Beruntung bagi sesetengah orang yang sedar akan kegelapan lorong gelap tersebut – semoga ALLAh merahmatinya. Dan sangat mendukacitakan bagi manusia yang tidak mahu langsung keluar dari jalan itu walaupun telah dihulurkan tangan untuk menariknya keluar.

Saya sangat sedih sebenarnya. Sedih.

Continue reading “Tunjukkan Arah Jalan Yang Lurus”