Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

February 6th, 2011:

Memadam Memori Hitam

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Pemadam Memori Silam Adalah Kamu Sendiri ~ Apabila diri terasa tidak dapat melangkah ke masa hadapan, kerana terikat dengan memori silam. Maka, terkakuhlah kaki di perantaraan.

Ramai dikalangan manusia yang pernah melalui jalan kesuraman sebelum menemui jalan yang disinari oleh cahaya indah kehambaan yang membahagiakan. Dan apabila sudah menemui jalan yang indah, maka jalan yang suram itu menjadi memori silam secara sendirinya. Dan memang manusia selangkah menjauh darinya.

Pada sudut yang lain, manusia berjaya mencari cahaya walaupun hakikatnya, cahaya itu ALLAh berikan sendiri kepada orang-orang yang terpilih. Dan dari segi sudut yang lain pula, ramai manusia yang dihantui dengan memori silam yang penuh dengan perbuatan yang hanya sia-sia.

Mengingatinya, kadang kala sangat menyakitkan dan menusuk sanubari.

(more…)