Blog Ini dan Saya

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Menulis dan terus menulis untuk memperingati diri sendiri.

Saya sejujurnya sayu hati melihat website saya ini. Blog yang menjadi tempat perkongsian saya untuk diri sendiri lebih-lebihnya dan memperingati diri ini. Sayu lagi apabila melihat kalendar bulan lalu, iaitu Bulan Januari hanya dapat diisi dengan lapan entri. Saya tertanya-tanya. Atas sebab apa saya tidak dapat mengemaskini blog ini kerap seperti selalu? Ada alasan yang boleh dipersembahkan dihadapan Tuan Punya Dunia?

Sibuk? Naaa. Kelemahan saya sendiri.

Sejujurnya, sakit terasa juga apabila tidak mengemaskini blog. Bagi saya, ini adalah rumah maya saya. Maka saya bertanggungjawab terhadapnya. Tapi kerana kelemahan saya sebagai seorang manusia, kesakitan itu saya ketepikan dan mungkin terlalu mengikut kata hati.

Saya jadi rasa bersalah. Betul.

Continue reading “Blog Ini dan Saya”