Gambar 3 Hero!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kucing saya, hamba ALLAh. Adam namanya.

Di rumah, ada 3 ekor kucing yang sangat manja dengan manusia. Tiga-tiga jantan. Datang tidak diundang namun sangat dialu-alukan sehingga menjadi ahli keluarga.

Izinkan saya berkongsi gambar kucing-kucing itu ya.

Setiap seekor, ada nama. Dan mereka bersatu dengan nama itu. Panggila sahaja dengan nama itu, pasti langkahnya laju menuju anda. Menggeselkan badan di kaki anda. He he.

Mereka ini (kucing) sebenarnya, sangat istimewa bagi saya. Dan saya sayang mereka!

Continue reading “Gambar 3 Hero!”

Doa Yang Tidak Terhijab

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sumber : Pak Google

Membaca-baca koleksi Majalah Solusi.

Doa itu mendekatkan manusia dengan Tuhan. Doa juga menunjukkan pergantungan manusia kepada Tuhan. Doa itu menjadi satu medium untuk manusia berinteraksi dengan ALLAh SWT. Doa, manusia tidak akan hidup tanpa berdoa.

ALLAh telah menjanjikan, bahawa doa itu adalah senjata bagi orang Mukmin.

Dan doa itu, ALLAh akan makbulkan dengan pelbagai cara sesuai dengan apa yang manusia perlukan. Doa yang ALLAh makbulkan dengan cara yang hebat adalah doa dari hamba-Nya yang hebat.

Continue reading “Doa Yang Tidak Terhijab”

Berzikirlah Wahai Diri

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Zikir tanda kerendahan hati. Sumber Gambar : Pak Google

Berzikir itu menenangkan hati. Kan?

Orang yang rendah hatinya, pasti bibirnya sentiasa bergerak menyebut nama-nama ALLAh. Tidak kiralah ketika brjalan, duduk, baring dan terbang (adakah?). Dan kesan dari zikir itu akan terlihat pada kehidupan seseorang manusia, kan.

Setiap Muslim yang berzikir, ALLAh sentiasa berada dalam kehidupan mereka. Mengingati ALLAh hakikatnya menjadikan hati menjadi tenang dan damai. Tidak percaya?

Berzikir dan berzikir.

Continue reading “Berzikirlah Wahai Diri”

Mahu Anak Baik, Jadilah Anak Yang Baik

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sumber : Pak Google

Ini entri ke-200!

Anak-anak adalah harta berharga bagi mak ayah. Boleh jadi anak-anak menjadi tiket untuk ke syurga bagi kedua ibu bapa, boleh jadi menjadi tiket untuk melangkah ke pintu neraka. MashaALLAh. Betapa penting dan berharganya anak-anak, bukan?

Bagaimanakah diri anda sebagai seorang anak? The choice is in your hand.

Sebagai anak, bila melihat wajah kedua ibu bapa, apa yang anda rasakan? Cuba pandang mereka dengan hati dan kedudukan sebagai seorang anak, anda akan dapat rasa sesuatu dalam hati tu. InshaALLAh.

Pernah cuba tatap wajah mereka tak?

Continue reading “Mahu Anak Baik, Jadilah Anak Yang Baik”