Hujan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hujan

Hujan itu membawa perkhabaran dari ALLAh
Perkhabaran rahmat yang Dia telah tetapkan
Pengajaran dan didikan juga datang bersamanya
Melihat, akan tegarkah manusia

Hujan membawa kebahagiaan

^_________________________^

ALLAh Memberikan Khabar Gembira

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Manusia yakin jika berbuat kebaikan, maka ganjarannya juga kebaikan. Jika berbuat jahat, maka balasannya juga sesuatu yang jahat. Manusia beriman dengan perkara itu, kan? Saya pun. Saya yakin, kalau saya buat jahat dan meninggalkan suruhan ALLAh, dan mengerjakan larangan ALLAh, sudah tentu saya akan menghadapi kehidupan yang rumit dan menyeksakan batin. Anda mahu begitu? Sudah semestinya tidak, kan.

Dan setiap dari kita juga perlu yakin dan yakin serta yakin bahawa ALLAh akan memberikan ganjaran yang setimpal malah istimewa apabila kita memikul beban dakwah untuk menyebarkan Islam kepada orang lain.

Untuk orang yang berusaha, ALLAh telah janjikan ganjaran! ALLAh sampaikan khabar gembira.

Continue reading “ALLAh Memberikan Khabar Gembira”

Dua Jalan Pilihan Bagi Manusia

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Antara jalan Syurga dan Neraka! Anda pilih!

Berjalan di atas dunia ini, semestinya bermacam-macam jalan yang ditemui. Ada jalan yang sempit, jalan yang luas, jalan yang sesak dan jalan yang lapang. Kebanyakan manusia akan memilih jalan yang luas dan lapang. Jarang sekali yang rela untuk masuk dan melalui jalan yang sempit. Setuju?

Namun hakikatnya, manusia cuma ada dua jalan pilihan menentukan arah tuju pengakhiran hidup. Dan jalan itu bukan jalanraya yang terdapat dimuka bumi ini. Dua jalan itu ditempuhi setiap hari, setiap minit dan saat. Manusia tidak boleh membuat jalan sendiri. Kerana jalan itu memang telah ditentukan sejak azali. Hanya ALLAh memberi peluang kepada kita untuk membuat pilihan bijak.

Maka, apa dua jalan pilihan tu?

Jalan yang ada : Syurga dan Neraka!

Continue reading “Dua Jalan Pilihan Bagi Manusia”

Coretan Tahun Yang Ditinggalkan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bersama sahabiah-sahabiah yang disayangi lillah!

Dalam tahun Masihi bersamaan dengan 356 hari, hari ini telah masuk dalam Tahun 2011 Masihi.

Kita yang meninggalkan tahun demi tahun, atau tahun yang meninggalkan kita tahun demi tahun. Hakikatnya, masa yang meninggalkan kita dari setahun ke setahun. Dan masa itu, takkan dapat berpaling kembali biarpun kita menangis darah memanggilnya.

Segala apa yang telah dilakukan dalam tahun yang sudah berlalu pergi, natijahnya akan ditanggung sehingga tahun-tahun yang berikutnya. Begitulah putaran dunia, setiap perbuatan mesti ada akibat. Namun apa yang boleh dilakukan adalah, memperbaiki segala-galanya dengan sedaya upaya.

Continue reading “Coretan Tahun Yang Ditinggalkan”