Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January 2nd, 2011:

Dua Jalan Pilihan Bagi Manusia

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Antara jalan Syurga dan Neraka! Anda pilih!

Berjalan di atas dunia ini, semestinya bermacam-macam jalan yang ditemui. Ada jalan yang sempit, jalan yang luas, jalan yang sesak dan jalan yang lapang. Kebanyakan manusia akan memilih jalan yang luas dan lapang. Jarang sekali yang rela untuk masuk dan melalui jalan yang sempit. Setuju?

Namun hakikatnya, manusia cuma ada dua jalan pilihan menentukan arah tuju pengakhiran hidup. Dan jalan itu bukan jalanraya yang terdapat dimuka bumi ini. Dua jalan itu ditempuhi setiap hari, setiap minit dan saat. Manusia tidak boleh membuat jalan sendiri. Kerana jalan itu memang telah ditentukan sejak azali. Hanya ALLAh memberi peluang kepada kita untuk membuat pilihan bijak.

Maka, apa dua jalan pilihan tu?

Jalan yang ada : Syurga dan Neraka!

(more…)