Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January, 2011:

Ingin Berubah!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Perubahan itu suatu kemestian! Tidak boleh tidak!

Berubah.

Ramai manusia yang mahukan perubahan. Berubah ke arah kebaikan mahupun berubah ke arah kejahatan. Anda pilih. Namun saya percaya, orang yang normal pemikirannya akan berfikir dan mahu berubah ke arah kebaikan demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidupnya.

Tetapi, tidak semua orang tahu bagaimana hendak memulakan perubahan itu. Bagaimana dan dari mana hendak melakukannya. Tidak semua orang dapat mengumpul kekuatan sendiri tanpa didorong oleh orang lain. Dan tidak semua yang mampu melakukannya tanpa bantuan huluran tangan dari orang lain.

Perubahan itu menjanjikan kesakitan dan kepedihan namun akhirnya kebahagiaan.

(more…)

Ilham Itu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ilham Itu

Ilham, adalah suatu pemberian dari ALLAh
Buat mereka yang berfikir untuk berzikir
Ianya tidak akan datang begitu sahaja
Melainkan diri ada usaha untuk mendapatkannya

Jangan sesekali tertipu dengan ketiadaan ilham
Kelak akan membunuh diri dan akal fikiran
Jiwa kan kosong dari segala isi
Yang membuatkan dirimu bermakna sebagai hamba dan manusia

Ilham, sentiasa ada berlegar di kotak fikiran
Hanya memerlukan usaha untuk mengeluarkannya
Menjadi titipan ke alam realiti
Yang akan dipersembahkan di hadapan Tuan Punya Dunia

Ilham itu sentiasa ada menemani

Koreksi diri atas kelemahan sendiri,
– Saya Laa Dia –

1050 PM
Jangan tertipu dengan diri sendiri
Yang kemahuan diseliputi nafsu duniawi

Bekerja Di Dunia Untuk Akhirat

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bekerja untuk hidup, atau hidup untuk bekerja?

Entri kali ini, saya suka hendak bercerita mengenai pengalaman menemankan seorang sahabat saya yang menghadiri temuduga, atau dalam erti kata lain, mencari kerja. Ternyata, mencari kerja ini bukan mudah ya? Memerlukan kesungguhan dan kesabaran ke sana ke mari jika mencari kerja di banyak tempat. Penat? Memanglah.

Alhamdulillah, dengan jasa baik ‘kereta sorong’, kami mudah untuk bergerak.

Banyak cerita dan pengalaman hidup yang dikongsikan. Kepenatan, namun dihiasi dengan senyuman dan gurau senda, membuatkan masing-masing terlupa akan perasaan penat yang bercampur baur.

Saya terlihat dan terfikir sesuatu. Begitu juga dengan halnya kita menuju akhirat.

(more…)