Mendidik Diri Untuk Redha

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Walaupun sedih, mari belajar untuk redha. Belajar untuk menerima.

Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.

Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.

Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?
Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.

Continue reading “Mendidik Diri Untuk Redha”

Kita Manusia : Saling Memerlukan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Usrah = Keluarga. Maka, kita berkeluarga!

Hendak berkongsi sedikit cerita yang dilalui. Semalam, 16 Disember bersamaan dengan 11 Muharram, 1432 H. Telah diadakan iftar jama’ie bersama-sama Unit Amal dan Persatuan Nisa’, sempena hari ‘Asyura. Alhamdulillah, banyak pengisian yang diperolehi.

Banyak perkara yang mengetuk minda masing-masing apabila telah diperingatkan oleh kakak-kakak yang begitu prihatin. Insaf? Mesti disusuli dengan tindakan. Itu maksudnya, masih ada kekurangan diri yang sedaya upaya kita wajib perbetulkan dan tingkatkan amalan.

Syukur berada dalam majlis ilmu sedemikian.

Di sana, menyedari dan mengakui betapanya pentingnya sesebuah jama’ah atau kumpulan itu saling berpaut antara satu sama lain. Tidak boleh tidak. Kerana apabila ada yang pincang, maka kepincangan itu akan turut terasa oleh semua ahli dalam kumpulan tersebut.

Continue reading “Kita Manusia : Saling Memerlukan”