Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

December, 2010:

Manusia Jemu dan Bosan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sudah lumrahnya manusia diciptakan, akan membuat rutin yang kesemuanya hampir sama setiap hari. Dan kerana itu, ada yang telah merasa jemu. Merasa telah muak dengan apa yang dilakukan setiap hari. Merasa bahawa setiap hari yang dilalui tiada variasi. Sama dan tetap sama!

Kerana manusia kebanyakan hanya memandang yang zahir sahaja.

Terkadang keliru, apa sebenarnya yang ingin dilakukan? Apa sebenarnya yang sepatutnya dilakukan oleh setiap manusia. Dan yang lebih teruk, ada yang sudah sedia maklum, tetapi melawan arus akal dan membiarkan nafsu kejemuan menguasai diri. Makanya, siapa yang harus dipersalahkan? Rutin atau diri sendiri?

Memang manusia, cepat merasa jemu! Dasar ya.

(more…)

Sekadar Sapaan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Jojo. Sekarang Jojo lebih besar dari dalam gambar ni. Alhamdulillah.

Ada yang bertanya, kenapa dah takda entri baru? Tak sangka, sebenarnya blog buruk ini ada pembaca. Terima kasih. Senyum.

Kenapa tiada entri baru? Sebab ada kekangan beberapa hari kebelakangan ni. Dengan ketiadaan laptop dan saya asyik ke sana ke mari, memang terbiarlah website ni. Rasa bersalah juga sebenarnya. InshaALLAh, akan cuba kemaskini dengan lebih kerap lagi.

Doakan saya semoga istiqomah ya, sahabat sekalian. Saya ini budak baru belajar, maka kalau salah, tolonglah ajarkan. *peace*

^__________________________________^

Imbasan : Tsunami Membinasakan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Mesej dari ALLAh~

Tsunami Membinasakan

Hidup manusia sebelum kedatangannya
Indah bagi semua insan
Bergembira dengan keluarga
Ada juga yang bergembira dengan maksiat

Masa itu, semua manusia lalai
Lalai dengan urusan duniawi yang tiada kesudahan
Mencari kebahagiaan duniawi
Tanpa memikirkan Ilahi

Dan tibalah waktunya kedatangan ombak yang diperintahkan Allah
Hadirnya cukup kuat membawa pesannya dari-NYA

Di kala kepekatan malam
Disinari dengan cahaya bulan
Dihiasi dengan keindahan bintang

(more…)