Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

November, 2010:

Jauhkan Diri Dari Sifat Mazmumah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hati kita ini, harus dirawat selalu. =)

Apa khabar iman pada pagi ini? Sedang naikkah? =)

Dulu semasa umur dalam lingkungan 7-9, saya selalu terkeliru antara sifat mazmumah dan sifat mahmudah. Yang mana satu sifat-sifat buruk dan sifat-sifat baik. Saya selalu keliru mengenai istilahnya. Dan tidak lama selepas itu, Ustazah menerangkan lagi kepada saya. Bagi faham sikit. Oh. Kenangan kanak-kanak.

Sifat Mazmumah? Manusia memang takkan lepas darinya.

Tetapi manusia itu masih ada peluang untuk berusaha menjauhinya. Berusaha untuk memperbaiki diri dan orang lain. Eh, itu tidak mustahil. Yang penting adalah kemahuan kita.

Kadang-kadang, kita sebagai manusia ni tanpa sedar pasti ada memiliki sifat-sifat ini. Kerana ianya juga terdiri daripada penyakit-penyakit jiwa, malahan.

Anda suka ada sifat ini? Sudah pasti tidak.

(more…)

Contengan Saya Disana

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Contengan saya, diterbitkan di sana lagi. Walhamdulillah.


>Klikk Sini!<


>Klik Sini!<

Semoga ALLAh merahmati!

Hidup Ini Bukan Milik Mutlak Manusia

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sujud itu tanda kehambaan kepada ALLAhu Ta'ala!

Lama terasa saya tidak mengisi rumah maya saya ini dengan entri baru. Rindu pula memberi peringatan untuk diri sendiri. InshaAllah, hari ini saya akan lampirkan beberapa entri jika tiada aral melintang. Doakan.

Manusia itu adakalanya berbuat sesuka hati dalam hidup. Tidak menghirau nasihat, keluarga, orang sekeliling, dan lebih-lebih sehingga melupakan ALLAh SWT. Saya tahu pembaca rumah maya saya ini tak begitu, dan moga kita semua dijauhkan dengan sifat sebegitu.

Tapi, saya percaya, di luar sana.. Ada sahaja manusia seperti ini. Dan mereka itu memerlukan anda semua. Ya, anda semua.

Seseorang, pernah saya dengar ia berkata,

“Kalau nak buat sesuka hati, pergi buat dunia sendiri!” tegasnya. Tanda serius.

Dunia ini bukan milik kita. Dunia ini ada TUAN.

(more…)