Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kanan Atas : Ehsan, Salasia, Ruhsidah, Nurul Iman, Paliya, Suhana, Dhiya' Altsafunnisa', Rufaidah. Kiri Bawah : Abdul Rauf, Mohd Nur Hidayatullah, Herman, Rafael, Jeffry (kacukan's boy).

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar wa lillahilhamdu.

Hari Raya Qurban, hakikatnya bukan berkorban menyembelih pelihara ternakan semata-mata. Di sana, ALLAh ingin melihat hamba-Nya menghayati dan mempraktikkan erti pengorbanan dan ketakwaan yang sebenar.

Jika diselak lembaran sirah, betapa besar pengorbanan yang Nabi Ibrahim lakukan hanya semata-mata kerana ALLAh. Anak yang dibelai sedari kecil, dan muncul dalam kehidupan Nabi Ibrahim setelah umurnya lanjut, lalu tiba-tiba ALLAh menurunkan petunjuk untuk menyembelih satu-satunya anak kurniaan ALLAh itu.

Apakah tidak berat hati yang kecil berbuat demikian? Sangat berat.

Namun ketika hendak meletakkan pisau dileher anaknya, ALLAh lantas menegah dan memberikan khabar gembira kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. ALLAh tidak zalim. Tetapi ALLAh sengaja ingin menguji sifat tawakkal lelaki pilihan-Nya itu.

Continue reading “Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair”