Pergilah Duhai Sahabat

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Perpisahan itu memang sakit. Tetapi ada nikmat. Maka, relakanlah duhai sahabat

Pergilah Duhai Sahabat

Hari semalam kita berjalan bersama berpimpin tangan
Hari ini aku sendiri yang menghantarmu untuk perpisahan
Tiada lagi genggaman tangan darimu
Tiada lagi kemesraan berpimpin tangan bersamamu

Aku berpisah denganmu tanpa sedikit airmata
Bukan kerana aku tidak sayang
Tapi kerana aku tidak ingin melihat kau menangis
Sangat pedih melihatmu begitu

Sebenarnya aku juga sedih dan tertangis
Tapi tempat itu bukan dihadapanmu

Aku ingin kau pergi dengan ketabahan
Dan bukan dengan tangisan
Setiaku menunggumu di sini
Moga ALLAh iringi

Pergilah berjuang duhai sahabat
Aku menyayangimu sesungguhnya

Ditenggelami dengan rasa rindu,
– Saya Laa Dia –

1032 PM
Menyeka airmata dengan tarian pena
Moga dia tabah di sana