Aku, Kepayahan dan ALLAh

Aku manusia biasa. Kadangkala berhadapan dengan kepayahan dan kelemahan diri sendiri.

Aku, Kepayahan dan ALLAh

Aku mendongak ke langit
Lalu aku melihat apa yang ada digenggamanku
Masih ada yang tidak sempurna
Sehingga kini aku belum dapat melaksanakannya

Aku merasa payah
Menanamkannya didalam benak
Orang lain boleh tidak melepaskannya
Mengapa aku pula membiarkannya berlalu pergi

Aku merasa payah
Aku tidak mampu

Aku bangkit sekali lagi
Ternyata masih sama
Apakah takdir buat diriku sememangnya begini

Aku terduduk
Maka ALLAh memanggil

Continue reading “Aku, Kepayahan dan ALLAh”

Mengadu Kepada ALLAh

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Manusia itu sentiasa ada tempat untuk mengadu. Tidak kira dimana dirinya berada. Mengadulah..

Apabila hati kita dilanda keresahan, kebimbangan dan kegusaran, pasti kita akan mencari tempat untuk mengadu akan apa yang kita rasakan. Tujuan mengadu itu adalah untuk kita berkongsi rasa dan perasaan. Mengadu itu membuatkan kita merasa tidak bersendirian. Kerana kita yakin, ada orang lain yang mendengar segala rasa didalam jiwa. Walaupun mungkin ada yang tidak faham.

Lega rasanya.

Tetapi, seringkali juga kita sebagai manusia lupa mengadu kepada DIA yang menyebabkan segala apa yang telah kita rasai. Semua perasaan itu, adalah datang daripada Dia. Oleh kerana kelemahan manusia itu sendiri, selalu sahaja manusia membelakangkan Dia yang sedia untuk Mendengar setiap masa.

Manusia sentiasa ada tempat untuk mengadu.

Continue reading “Mengadu Kepada ALLAh”