Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

November 3rd, 2010:

Rindu Bonda dan Abah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hati sedang merindu. Maka sambutlah.

Sedang merindu kepada Bonda dan Abah.

Selesai mandi tadi untuk bersiap menemui Kekasih, saya teringat Bonda yang selalu menegur tabiat saya mandi pada pagi-pagi buta. Bonda akan berceramah. Maka saya akan mendengar ajalah.

Teringat juga kepada Abah yang bilamana saya mengusik dengan memanggilnya berkali-kali,

“Abah.. Abah.. Abah…” Tersengih sambil menunjukkan dua jari. Peace!

Maka beliau akan berkata,

(more…)

Kehidupan Ini Adalah Rahmat

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Pilihan ditangan manusia, memegang atau melayangkan pergi begitu sahaja kehidupan ini.

Petang tadi, saya terfikir akan kehidupan ini. Bagi saya, hidup ini walaupun penuh dengan pancaroba, namun tetap indah. Tetap sahaja manusia akan merasa bahagia walaupun kegembiraan dalam hidup itu sekejap cuma. Saya sendiri, beberapa tahun yang lalu… Baru sahaja dilahirkan ke dunia ini. Masih suci dan bersih ketika itu. Namun, kerana kelemahan saya sendiri, suci dan bersih itu kian ternoda.

Dan apabila saya sudah besar seperti sekarang ini, pilihan untuk memilih jalan kebaikan dan jalan keburukan adalah ditangan saya. Bukan lagi ditangan Bonda dan Abah. Nah, mana satu menjadi pilihan? Sudah tentu saya akan cakap saya hendak pilih jalan kebaikan. Sebab saya sebagai manusia tahu bahawa jalan kebaikan itu akan membawa kepada kebahagiaan.

Walau penuh pancaroba, hidup ini memang indah! Setujukah?

Tetapi, manusia sering terlupa.. Kehidupan yang menanti kita selepas kehidupan di dunia ini lebih indah dan tiada pancaroba. Anda mahu kehidupan seperti itu? Saya pun mahu. Tetapi dengan syaratnya, manusia harus pandai membawa diri agar kehidupan yang dikurniakan ini menjadi rahmat dan bukannya laknat!

Senyum.

(more…)