
Mengasihi seseorang sahabat kerana ALLAh, nescaya dirinya akan dikasihi oleh ALLAh.
Persahabatan Fillah
Sahabatku…
Pada saat kau hadir ke dalam hidupku
Aku langsung tidak mengenali dirimu
Tetapi kau lemparkan senyuman manis dan ikhlas
Terpancar sinar kegembiraan diwajahmu
Maka dengan senang hati dan kesyukuran
Aku menyambut salam perkenalan darimu itu..
Sahabatku…
Hari demi hari berlalu
Kau dan aku semakin kenal hati budi masing-masing
Berkongsi suka dan duka
Tangis dan tawa yang dirasai
Pahit dan manis kehidupan yang dilalui
Ukhuwah diantara kita semakin intim, wahai sahabatku
Sahabatku…
Tika aku hampir lemas dan putus asa dalam arus dunia
Kau datang dengan 1001 nasihat kepadaku
Kau peluk tubuhku lalu kau kucup dahiku
Dan kau seka airmataku dengan hujung tudungmu





