Solat Itu Adalah Penawar

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Solat itu kerendahan hati. Solat itu ketenangan jiwa.

Solat itu pengubat kepada keresahan jiwa. Saya percaya. Solat itu juga merupakan rangkaian penghubung antara hamba dengan Tuhan. Anda percaya?

Sedih terasa apabila kononnya orang moden sekarang ini tidak memandang solat itu sebagai perkara yang sangat penting dalam kehidupan. Diringan-ringankan. Lupakah manusia bahawa perkara pertama yang akan dihisab itu merupakan solatnya semasa di dunia? Manusia tidak lupa sebenarnya, tapi sebenarnya mereka hendak melawan kekuasan ALLAh SWT. Ada beranikah~?

Solat itu ketenangan. Saya pasti!

Continue reading “Solat Itu Adalah Penawar”

Aku Sedih dan Ingin Terbang

Saya sedih. Melihat dunia sekarang.

Saya rindu pada Rasulullah. Rindu. Rindu yang sangat.

Dengan rindu itu, saya melihat dunia sekarang. Terlalu banyak umatnya yang memperlekehkan Baginda. Sedangkan Baginda SAW sangat sayang pada umatnya. Sehingga apabila dihari kiamat kelak, satu-satunya Nabi yang mencari umatnya adalah Rasulullah SAW.

Kerana apa?

Continue reading “Aku Sedih dan Ingin Terbang”

Hari Ini Milik Aku

Hari milik anda. Suburkan hari anda!

Hari Ini Milik Aku

Hari Ini Milik Aku,
Aku perlu untuk berdepan dengan hari ini
Membina sejarah kecil sepanjang hari
Untuk dipersembahkan kepada Pemilik hari
Agar Dia tahu, aku hidup dalam genggaman-Nya
Bukan hanya untuk sia-sia

Hari Ini Milik Aku,
Segala kewajiban harusku tunaikan dengan kemenangan
Agar hari-hariku kan selalu tenang
Berhadapan dengan segala macam dugaan
Yang Dia berikan sebagai kasih sayang

Aku hamba, Dia Tuhan
Aku mesti lebih rendah dari rumput di bumi

Hari Ini Milik Aku,
Tidak perlu ku hirau igauan hari semalam
Kerana aku berada pada hari ini
Menunaikan yang tidak tertunai
Akan kucuba buat yang terbaik

Agar aku dipandang oleh ALLAh
Dengan pandangan rahmat

Hari Ini Milik Aku
Maka, nikmat Tuhan yang manakah
Yang ingin aku dustakan?