Berfikir dan Bersyukurlah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bertafakkur akan nikmat ALLAh.

Sering kali manusia melihat kelebihan dan kepunyaan orang lain tanpa melihat diri sendiri. Sering kali manusia bangga akan bangsa lain tanpa melihat kebanggaan bangsa sendiri. Sering kali manusia akan merasa cemburu terhadap apa yang dia belum miliki, tetapi dimiliki oleh orang lain.

Manusia memang begitu.

Dan, jarang sekali manusia akan berfikir dan mensyukuri apa yang ada pada dirinya, tetapi tiada pada diri orang lain. Dan jarang sekali manusia akan menghitung nikmat yang ALLAh berikan pada dirinya, sebaliknya dia tegar menghitung nikmat-nikmat yang ALLAh berikan pada orang lain.

Kufur nikmat? Moga tidak begitu.

Continue reading “Berfikir dan Bersyukurlah”

Mari Membeli Buku

Bismillahirrahmaanirrahiim.

“Beli buku lebih baik dari membazir benda yang tidak berfaedah,” begini jawab saya terhadap Bonda sambil tersengih.

Bagi saya, membeli buku dengan banyak tidak mendatangkan kerugian pun. Bahkan, membeli buku mendatangkan keuntungan dimasa hadapan. Kenapa saya cakap mendatangkan keuntungan?

Sebab, dimasa hadapan nanti.. Anak-anak, cucu cicit masih boleh baca buku-buku yang ada sekarang ini. Tapi kena pastikan anda seorang yang sangat menjaga kondisi buku anda. Hehe. Kalau tidak, rosak buku anda, maka ke tong sampah jugak akhirnya.

Buku-buku di atas ini ialah Novel Pahlawan Islam. Saya cuma beli secara online aja. Lagi senang nak cari buku yang lambat sampai ke kedai buku.

Continue reading “Mari Membeli Buku”

Solat Itu Adalah Penawar

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Solat itu kerendahan hati. Solat itu ketenangan jiwa.

Solat itu pengubat kepada keresahan jiwa. Saya percaya. Solat itu juga merupakan rangkaian penghubung antara hamba dengan Tuhan. Anda percaya?

Sedih terasa apabila kononnya orang moden sekarang ini tidak memandang solat itu sebagai perkara yang sangat penting dalam kehidupan. Diringan-ringankan. Lupakah manusia bahawa perkara pertama yang akan dihisab itu merupakan solatnya semasa di dunia? Manusia tidak lupa sebenarnya, tapi sebenarnya mereka hendak melawan kekuasan ALLAh SWT. Ada beranikah~?

Solat itu ketenangan. Saya pasti!

Continue reading “Solat Itu Adalah Penawar”

Aku Sedih dan Ingin Terbang

Saya sedih. Melihat dunia sekarang.

Saya rindu pada Rasulullah. Rindu. Rindu yang sangat.

Dengan rindu itu, saya melihat dunia sekarang. Terlalu banyak umatnya yang memperlekehkan Baginda. Sedangkan Baginda SAW sangat sayang pada umatnya. Sehingga apabila dihari kiamat kelak, satu-satunya Nabi yang mencari umatnya adalah Rasulullah SAW.

Kerana apa?

Continue reading “Aku Sedih dan Ingin Terbang”