Saya Nak Bertarung

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Peperiksaan itu sangat membahagiakan! Titik. Dan ia benar. =)

Musim uji-menguji sekarang ini. Maka saya perlu belajar agaknya.

Kena belajar kuat-kuat. Biar sampai mata lebam.

Sebab, saya orangnya tak pandai. Orang tak pandailah kena ulangkaji dan rajin belajar, kan?

Mohon pada kalian, sekiranya sudi baca entri yang satu ini, dan bermurah hati, terbangkan doa anda dari kejauhan untuk saya. Semoga ALLAh melapangkan dada dan minda serta mendatangkan ilham kepada saya semasa mencari idea untuk menconteng jawapan. Hehe.

Esok-esok, bila ada kelapangan fikiran, inshaAllah saya kemaskini blog ini dengan bebelan. Just like always. Maaf atas kekurangan dan kekasaran bahasa bisu sekiranya pernah menyinggung mana-mana pihak. Dan semestinya, saya tidak pernah sengajakan.

Hei Sahabat! Ma’a Taufiq Wannajah Fil Imtihan. 😉