Ada Baitullah Dihati Ku

Ada Baitullah Dihati Ku

Seruan Mu datang lagi
Menghimpunkan umat seluruh pelusuk negeri
Bertemu, berhimpun di bawah naungan Mu
Di atas tanah Mu

Allah, aku hanya mampu merasai dari jauh

Bondaku berulang kali menceritakan keindahan rumah Mu
Kadangkala diiringi dengan linangan airmatanya
Rindu pada rumah ALLAh, itu jawab Bonda

Kuasa Mu sangat meluas

Aku yang hanya mendengarkan cerita Bonda
Boleh berjujuran airmata
Betapa indahnya perasaan
Apabila merasai perlindungan tika berada di rumah Suci Mu

Saban tahun, melihat umat manusia berhimpun
Hatiku juga bagai turut bersama
Aku tahu, mereka itu
Engkau sambut dengan tangan yang terbuka

Wahai Kekasih Rasulullah
Apakah aku akan turut terpilih oleh Mu
Merasai tempat yang penuh bersejarah itu
Memohon dan menyerahkan diri kepada Mu

Tika ditanya kepada Bondaku,
Apakah Bonda masih ingin ke sana lagi?
Jawab Bonda, masih terasa keinginan itu
Bonda rindu ketenangan di sana

Maka ya ALLAh,
Jika Bonda, Engkau sudah takdirkan
Menjadi tetamu Mu lagi
Izinkan aku pergi bersama Bonda
Aku ingin berada disampingnya
Merasai kebesaran Mu

Allahu Rahiim
Engkau hadirkan perasaan rindu ini
Walau belum pernah
Menjejakkan kaki ke sana

Rindu kepada Baitullah, rumah Mu
Maka Engkau jugalah yang akan
Memberi keizinan kepada diri ini
Menjenguk rumah Mu

Dihati ini, ada rindu
Maka ya ALLAh, dengarlah rayuan rindu jauh nun di lubuk hati

al-faqirah ila ALLAh,
Ana